PM Belanda Mark Rutte tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia

Dari Penulis

PERDANA Menteri Belanda Mark Rutte tiba hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Pesawat khas yang membawa Rutte dan delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 3.35 petang.

Ketibaan Rutte disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin yang kemudiannya melintasi barisan kawalan kehormatan statik oleh 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Amirul Akmal Osman.

Rutte dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok, dan kedua-dua pemimpin akan menilai semula kemajuan hubungan dua hala terutama kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertukaran budaya, minyak sawit, pertanian, komoditi pertanian dan isu Islamofobia.

Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pemimpin itu juga dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.

Baca artikel lain: Polis bantu KPWKM laksana tapisan pengasuh, semak rekod jenayah – Nancy

Rutte juga akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi dan terlibat dalam acara simbolik penanaman pokok sawit yang melambangkan kerjasama erat kedua-dua negara dalam sektor minyak sawit.

Selain itu, Rutte juga dijadual menyampaikan ucaptama dan menyertai sesi dialog bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad pada program Dialog Air Malaysia-Belanda keenam dalam usaha menangani pelbagai isu berkaitan air.

Ini merupakan lawatan Rutte kedua ke Malaysia selepas kali terakhir melawat negara ini pada tahun 2014.

Pada tahun 2022, Belanda merupakan rakan dagang ke-14 terbesar Malaysia dan kedua terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah dagangan sebanyak RM48.04 billion (US$10.93 bilion) peningkatan sebanyak 33.4 peratus berbanding RM36.01 billion (US$8.68 bilion) pada 2021.

Belanda juga merupakan pengimport minyak sawit Malaysia yang terbesar dalam kalangan negara-negara EU dengan kuantiti sebanyak 732,324.54 tan.

Lawatan kerja itu adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan Belanda.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This