MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan dirinya mendekati rakyat dengan menyertai program dan mengambil minuman keras sehingga mabuk.
Ahli Parlimen Bintulu itu menegaskan, beliau bukan seorang beragama Islam yang diharamkan daripada mengambil minuman keras.
Beliau turut menyelar Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang sebelum ini pernah menegur tindakan King Sing seolah-olah mahu memperkenalkan Malaysia dengan cara mabuk dan menari di khalayak ramai.
“Ada ahli Yang Berhormat dari Masjid Tanah kata saya mabuk, saya minum. Saya bukan orang Islam. Apa salah saya minum?
“Saya pergi Pelangai (semasa Pilihan Raya Kecil), mereka ajak saya sertai Festival Tanglung, saya minum, saya bermain dengan budak-budak macam orang ‘gila’ sikit, apa salahnya? Budaya Cina, tiada masalah.
“Kalau saya orang Islam, saya memang tak boleh buat macam itu tapi saya bukan Islam, maka saya boleh buat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Belanjawan 2024 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada 16 Okt lalu Mas Ermieyati secara sinis menegur King Sing yang dianggapnya tidak sesuai menjalankan tugas sebagai menteri yang menjaga hal ehwal pelancongan, seni dan budaya.
Baca artikel berkaitan: King Sing pertahan pendirian, kecewa aduan pelancong di Langkawi jadi modal politik
Mas Ermieyati mendakwa King Sing mempunyai ‘cara tersendiri’ menarik pelancong dengan mabuk dan menari di tempat umum.
Sebelum itu, tular video Presiden Parti Demokratik Progresif itu menari dengan orang ramai dalam sebuah majlis.
Mengulas lanjut, King Sing turut menyeru kepada semua wakil rakyat supaya bersama-sama bekerja mencari peluang mengembangkan ekonomi negara.
Pada masa sama, beliau juga meminta semua pihak menghormati sesama rakyat berbilang kaum.
“Janganlah bercakap isu yang bukan-bukan.
“Saya tahu Masjid Tanah mungkin dia hebat, dulu pun pernah berada dalam kementerian saya sebagai Timbalan Menteri. Saya rasa dia pun tahu apa tugas di kementerian ini.
“Janganlah kita menjejaskan keharmonian dan perpaduan di negara ini. Kita mesti sama-sama menghormatinya, baru boleh capai keharmonian,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

