Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi pemimpin Bersatu terbaru sokong PM Anwar

Dari Penulis

SELEPAS dua ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang lagi ahli Parlimen parti itu dari Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim turut mengambil tindakan serupa dengan memberikan alasan demi kebajikan penduduk di kawasannya.

Mohd Azizi dalam kenyataan media hari ini menyatakan keputusan itu bertujuan memastikan kebajikan penduduk terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang dipohon untuk dilaksanakan di kawasan Parlimen beliau

“Setelah meneliti dan mendengar Pembentangan Belanjawan 2024 oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dengan matlamat utama untuk memangkinkan pemulihan ekonomi di samping meringankan beban kewangan untuk rakyat Malaysia, saya selaku ahli Parlimen Gua Musang dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri bermula pada tarikh kenyataan media ini dikeluarkan,” katanya.

Sebelum ini, dua pemimpin Bersatu iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman turut mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri dengan alasan untuk kebajikan rakyat di kawasan mereka.

Mohd Aziz berkata, beliau juga menyatakan sokongan kepada inisiatif-inisiatif Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihanraya Umum akan datang.

“Sejujurnya, saya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati Parti Bersatu, tetapi demi memastikan Parlimen saya Gua Musang seiring dengan pemerintahan persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama di dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketua oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim,” tambahnya.

Mohd Azizi yang bertanding atas tiket Pas dalam Pilihan Raya Umum yang lalu mencatat sejarah apabila menang di Parlimen Gua Musang dengan memperoleh majoriti 163 undi mengalahkan calon Barisan Nasional, Tengku Razaleigh Hamzah yang sebelum ini menyandang Parlimen berkenaan selama 11 penggal.

“Buat masyarakat Gua Musang yang sangat saya kasihi, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati bumi bertuah Gua Musang dan kita semua mendapat limpahan pembangunan sebagaimana kita harapkan,” kata Mohd Azizi dalam kenyataannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: Malaysia sedia hulur bantuan, PM jamin pantau keadaan

MALAYSIA bersedia menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda Mindanao, selatan Filipina, pagi...

More Articles Like This