Dakwaan kapal terbang tersadai di tepi Sungai Kandis palsu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DAKWAAN kononnya sebuah kapal terbang telah tersadai berdekatan Sungai Kandis atau Sungai Klang di Seksyen 36, Shah Alam seperti yang tular di Facebook disahkan palsu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol dalam kenyataan, malam tadi.

Menurut Ramsay, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian tular di Facebook itu pada pukul 11.55 pagi, semalam.

Beliau berkata, akaun Facebook berkenaan telah membuat komen ‘Apalah kapal terbang tu buat dekat tepi Sungai Klang di Sungai Kandis?’.

“Usaha mengesan dan menjejaki kapal terbang yang dimaksudkan telah dijalankan oleh pihak polis.

“Pencarian dijalankan di sekitar kawasan yang dinyatakan pada koordinat seperti dinyatakan dalam hantaran tular tersebut.

“Pemeriksaan mendapati tiada sebarang pesawat tersadai seperti disebarkan oleh pemilik akaun Facebook tersebut,” katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, Ramsay menegaskan kenyataan atau dakwaan yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook tersebut adalah palsu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gelaran ‘Tan Sri’ kepada Isa Samad ditarik balik

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran 'Tan...

More Articles Like This