JDT buktikan antara pasukan terbaik Asia, tumpaskan Ulsan Hyundai 2-1

Dari Penulis

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka merupakan antara pasukan terbaik Asia apabila berjaya menumpaskan Ulsan Hyundai FC 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) 2023, malam ini.

Walaupun Ulsan Hyundai baru menjuarai Liga K1 buat kali kedua berturut-turut minggu lepas, JDT yang juga merupakan pasukan terbaik dalam Liga Super tidak berhenti-henti melancarkan serangan ke kubu lawan bagi mendapatkan tiga mata dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Pada separuh masa pertama, serangan demi serangan daripada barisan penyerang JDT menyebabkan barisan pertahanan Ulsan dalam keadaan tertekan dan pada satu ketika palang menjadi penyelamat mereka walaupun penjaga gol telah tertewas hasil sepakan Bergson da Silva.

JDT mendahului dengan gol pertama diperoleh melalui penyerang mereka, Heberty Fernandes pada minit ke-44 yang melalukan rembatan kencang dari luar kotak penalti dan seterusnya gagal diselamatkan penjaga gol Ulsan, Jo Hyeon-woo.

Selepas itu, tiang sekali lagi menjadi penyelamat buat Ulsan Hyundai apabila sepakan percuma kencang yang diambil Heberty Fernandes pula terkena tiang.

Pada minit ke-67 permainan, gawang JDT dibolosi Ulsan Hyundai selepas pemain tengah Ulsan, Ataru Esaka menghidu peluang di hadapan jaring yang mendapat umpanan cantik dari rakan sepasukan. Terpaan Esaka tidak sempat dihalang penjaga gol JDT, Syihan Hazmi sekaligus memastikan jaringan penyamaan terhasil.

Kemasukan Akhyar Rashid membolehkan beliau muncul wira JDT apabila berjaya meledak jaringan kemenangan buat skuad Harimau Selatan selepas mendapat hantaran cantik dari Arif Aiman apabila mereka membuat ‘counter attack’.

Pada 24 Okt, kelab Korea itu menewaskan Harimau Selatan 3-1 pada pusingan pertama Kumpulan I.

Pasukan lain dalam Kumpulan I ialah juara Liga Jepun (J-League) Kawasaki Frontale dan Juara Liga Thai BG Pathum United.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This