Peguam syarie Malaysia hargai keputusan tiada fi ke atas mereka tahun depan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERSATUAN Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menghargai, keprihatinan kerajaan selepas mengumumkan tiada pengenaan fi atau caj terhadap mereka di Wilayah Persekutuan pada tahun depan.

Presidennya, Musa Awang berkata, pengecualian fi tersebut amat dihargai oleh seluruh warga peguam syarie yang turut terkesan dengan situasi ekonomi negara dan seluruh dunia.

Katanya, ia selari dengan peruntukan dalam Akta Profesion Guaman Syarie (WWP) 2019 (Akta 814) yang memberikan kuasa kepada menteri untuk menetapkan fi di bawah seksyen 23, 24, 29 dan 31 akta tersebut.

“Jutaan terima kasih atas keprihatinan YB menteri sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai pentadbiran agama Islam ehwal di Wilayah Persekutuan.

“Walaupun peguam syarie adalah kerjaya profesional namun majoriti peguam syarie adalah pemilik atau rakan kongsi firma yang juga merupakan suatu perniagaan yang terkesan dengan situasi ekonomi semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Inisiatif jalur dan laluan terus pacu pembangunan Malaysia – Menteri Pengangkutan

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata,
tiada pengenaan fi terhadap peguam syarie di Wilayah Persekutua pada tahun depan.

Jelasnya, ini kerana kajian lanjut penetapan fi berkenaan masih sedang dilaksanakan, selain mengambil kira kebajikan peguam syarie.

Akta 814 mula berkuat kuasa pada 21 Jun 2022 yang menetapkan terdapat fi di bawah seksyen 23, 24, 29 dan 31 akta tersebut yang perlu dibayar kepada Ketua Pendaftar.

Pada masa sama, Musa berharap, Majlis Agama Islam Negeri dapat mempertimbangkan untuk mengambil langkah sama dengan mengecualikan fi pembaharuan Sijil Amalan Tahunan Peguam Syarie di negeri-negeri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This