Muat naik gambar AI tak pakai purdah, Neelofa tampil beri respon – “Bukanlah saya membuat dosa seperti membuka hijab dan aurat”

Dari Penulis

SELEBRITI Neelofa tampil memberikan respon terhadap reaksi netizen ke atas foto dirinya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI tanpa mengenakan purdah di Instagram miliknya.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, berkata dia gembira membaca komen daripada peminatnya namun tidak dinafikan terdapat juga reaksi yang tidak begitu baik daripada segelintir netizen.

“Baca banyak komen yang memberi reaksi positif. Itu buatkan saya gembira bila baca tapi dalam masa yang sama ada yang beri reaksi yang tidak baik.

“Yang pertama saya tegaskan, AI itu bukan saya, dia macam saya sahaja. Yang kedua bukanlah saya membuat dosa seperti membuka hijab dan membuka aurat,” ujarnya.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu turut menjelaskan bahawa tindakan yang dilakukan pihak Naelofar Hijab sudah mendapat kelulusan dia sendiri dan pandangan suaminya.

“‘Team’ saya buat perkara itu atas kelulusan saya sendiri sebab sebelum ini mereka buat AI guna muka orang entah siapa-siapa. 

“Jadi, saya pun cadangkan lebih baik guna muka saya sahaja. Saya pun tunjuk setiap versi yang ‘team’ saya buat dekat suami saya. Walaupun suami saya sangat fleksibel dan menyokong ‘journey’ berpurdah ini tapi saya gembira dengan diri saya sekarang dan moga Allah beri kekuatan untuk terus istiqamah,” ujarnya.

Neelofa ditemui URTV ketika sedang media MOMAwater x Neelofa semalam. Ujar Neelofa pelancaran air mineral berjenama tempatan ini sangat tepat terutamanya ketika rakyat Malaysia sedang giat memboikot sesetengah jenama yang memberi sumbangan kepada kekejaman Zionis.

“Ini bukan usaha rakyat Malaysia sahaja tapi sudah menjadi isu global dan pelancaran hari ini bagi saya sangat tepat kerana memberikan alternatif baru buat orang ramai sekaligus menyokong produk lokal,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada dua orang anak ini berkata dia turut memboikot jenama-jenama yang secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan menyokong Israel.

“Kalau ada syarikat yang memang dah keluarkan kenyataan menyokong Israel, memang saya akan boikot. Tapi jika ada jenama yang tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan, saya akan pastikan untuk mengkaji dahulu.

“Saya akan hubungi PR mereka sendiri dan mendapat kenyataan daripada ‘global team’ mereka sebelum saya bekerjasama,” katanya.

Neelofa turut berkongsi, dia ada menolak beberapa jenama yang ingin bekerjasama dengannya atas kerana berlainan pendirian terhadap konflik Palestin-Israel ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This