17 peranti perubatan yang gagal ujian kini selamat digunakan – MDA

Dari Penulis

PIHAK Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengesahkan bahawa 17 jenis peranti perubatan dijual secara dalam talian, yang sebelum ini gagal ujian keselamatan, kini selamat digunakan orang awam.

Ketua Eksekutif MDA, Dr Muralitharan Paramasua berkata, berdasarkan penelitian laporan siasatan serta pengujian semula yang dikemukakan, pihaknya merumuskan bahawa kesemua peranti perubatan berkenaan kini memenuhi piawaian dan selamat serta berkesan untuk terus digunakan orang awam.

Peranti yang terlibat ialah oxygen concentrator jenama Dynmed, Angel Biss (SH01) dan Carer; alat menguji tekanan darah (BPLife, Novoplus, Yuwell dan Ouson+); glucose meter (Roche, Sinocare dan Yasee); termometer (BioCare, Scaneo dan Ouson+); serta sarung tangan pembedahan dan pemeriksaan (Gammex, Shirudo, Puritex dan Infinity Latex).

Dr Muralitharan berkata siasatan menyeluruh serta tindakan pembetulan telah dijalankan oleh semua syarikat (establisment) susulan laporan MDA pada 15 Feb lepas berhubung kegagalan peranti perubatan terbabit dalam ujian pematuhan.

“Semua establisment yang terlibat telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjalankan siasatan penuh. Ini selaras dengan tanggungjawab pascapasaran yang digariskan dalam Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muralitharan berkata tindakan komprehensif seperti penambahbaikan sistem kawalan kualiti, pematuhan terhadap garis panduan peraturan serta peningkatan ketelusan dalam pengurusan isu keselamatan dan keberkesanan peranti terbabit, membantu memulihkan keyakinan pengguna.

Beliau turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati semasa membeli peranti perubatan dalam talian.

“Orang ramai perlu memastikan peranti perubatan yang dibeli adalah berdaftar dengan MDA serta dijual oleh establisment yang berlesen,” katanya.

Maklumat lanjut dan saluran untuk aduan boleh diperoleh menerusi laman web rasmi MDA di www.mda.gov.my atau dengan menghubungi talian 03-82300300.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This