Peniaga tudung didakwa bunuh rakan kongsi perniagaan

Dari Penulis

Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan membunuh wanita warga emas yang juga rakan kongsi perniagaannya di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu di Kuala Berang, dua minggu lepas.

Tertuduh Nooraini Remali, 35, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan manakala tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Norzihan Abd Karim, 65, di hadapan pos pengawal Telekom Malaysia, Batu 23, di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, antara 3.20 pagi hingga 4 pagi pada 1 Nov lepas. 

Kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli menetapkan 15 Jan depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu hasil laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.

Sebelum ini seorang wanita ditahan pada 1 Nov lepas setelah mayat mangsa dengan 15 kesan tikaman di badannya ditemukan pengawal keselamatan di dalam longkang di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang pada 4.35 pagi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ 

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penggunaan elektrik pusat data dijangka melonjak kepada 31 peratus menjelang 2035

PENGGUNAAN elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak dengan ketara kepada 31 peratus atau bersamaan dengan 73,274 Gigawatt-hour (GWh)...

More Articles Like This