HUBUNGAN antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas di samping Gerakan bagi membentuk Perikatan Nasional (PN) disifatkan saling melengkapi antara satu sama lain.
Sehubungan itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan bahawa pencapaian parti itu terutama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu disebabkan ‘bergantung’ kepada kekuatan Pas.
Menurut Muhyiddin, istilah bahawa Bersatu ‘bergantung’ kepada Pas adalah tidak tepat kerana ia merupakan sebahagian daripada strategi sesebuah parti politik.
Hakikatnya, Pengerusi PN itu menjelaskan, tiada satu pun parti politik boleh memenangi pilihan raya dengan bergerak secara solo.
Malah, beliau berkata, kepimpinan Pas turut mengakui bahawa jika tidak kerana gabungan bersama Bersatu dan Gerakan, parti itu tidak akan berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar.
“Tanyalah kawan-kawan kita dalam Pas. Betul, dulu mereka dapat 10,000 (majoriti), sekarang mereka peroleh sehingga 40,000 undi.
“Datang daripada mana? Kalau kata setakat ahli Pas sahaja semua dah ada di situ tapi kerana ramai Melayu yang belum jadi ahli parti politik, mereka melihat PN dan Bersatu serta saya ada di situ, maka mereka rasa agak lebih yakin.
“Jadi, tak boleh kata kami (Bersatu) ‘bergantung’ kepada Pas atau Pas kata mereka bergantung kepada Bersatu. Kami bekerjasama, saling menolong dan melengkapi antara satu sama lain.
Baca artikel lain: Bersatu mahu jadi parti politik abad ke-21
“Itu tujuan gabungan. Tak boleh kata buat sendiri sahaja. Kalau Pas bertanding, Pas sahaja dan kalau Bersatu bertanding maka Bersatu sahaja, tidak seperti itu,” katanya dalam temubual eksklusif dengan UtusanTV, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, hubungan rapat antara Bersatu dan Pas itu ternyata membuahkan hasil dalam PRU-15 dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Katanya, ia kerana pencapaian Bersatu atau pun Pas dalam konteks PN adalah kerana ideologi yang diperjuangkan secara bersama.
“Prinsip perjuangan kita yang mendukung Perlembagaan dan keprihatinan yang telah kita sumbangkan.
“Apa-apa yang kita dah buat telah terbukti selama 17 bulan saya memimpin negara. Rakyat melihat itu sebagai satu contoh bahawa gabungan ini boleh dipercayai.
“Rakyat tahu kita tidak berbohong, kita bertindak secara ikhlas dan berjuang atas dasar perjuangan itu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

