Kyuhyun Super Junior cedera diserang wanita dengan pisau

Dari Penulis

AHLI kumpulan Super Junior Kyuhyun mengalami kecederaan selepas diserang seorang wanita yang tidak dikenali menggunakan sebilah pisau.

Memetik laporan Chosun Ilbo, wanita berusia 30-an itu memasuki bilik rehat penyanyi berkenaan sebelum bertindak menikamnya.

Difahamkan wanita itu telah menyerbu masuk ke bilik berkenaan tanpa kebenaran setelah Kyuhyun selesai membuat persembahan.

Susulan kejadian itu, Kyuhyun mengalami kecederaan pada bahagian jari ketika mengelak tusukan pisau daripada wanita tersebut.

Dalam pada itu, wanita berkenaan telah ditahan oleh polis bagi menyiasat punca kejadian sama ada terdapat unsur dendam.

Kyuhyun bagaimanapun memberitahu dia tidak mengenali wanita tersebut malah tidak mempunyai sebarang musuh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This