Seorang wanita warga emas yang sedang makan di sebuah kedai maut, manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh kedai berkenaan di Taman Meranti, Bahau dekat Seremban pagi tadi.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/1848
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian pada 8.50 pagi itu, mangsa Tan Joo Lan, 75, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.
Beliau berkata seorang lagi wanita berusia 35 tahun mengalami kecederaan ringan dan sedang dirawat di Hospital Jempol.
“Kejadian dipercayai berlaku semasa kereta yang dipandu lelaki berumur 78 tahun dari arah Taman Satelite menghala ke Taman Meranti, mahu meletakkan keretanya di hadapan kedai makan terbabit.
“Namun, dia secara tiba-tiba tertekan pedal minyak kenderaan menyebabkan keretanya bergerak ke hadapan sebelum merempuh dua wanita yang sedang makan di kedai itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hoo berkata pemandu kereta berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.
Terdahulu, video mengenai kejadian berkenaan turut tular melalui laman sosial hari ini.
— BERNAMA
Friday , 24 November 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

