YBR komited jalin kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis bina jati diri pelajar

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Kem Jati Diri untuk pelajar sekolah menengah yang terpilih, hari ini.

Majlis diadakan dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Rejimen 504 Askar Wataniah Kemukit Keteri Perlis.

Program ini memberi tumpuan kepada modul pembentukan akhlak belia dengan menyasarkan penglibatan 60 pelajar perempuan sekolah menengah di sekitar Perlis.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin serta Puan Raja Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah mencemar duli ke majlis ini yang bertempat di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah Bukit Keteri Perlis.

Sementara itu, antara objektif lain program ini adalah membimbing peserta agar memiliki nilai murni dan jati diri, memberi pendedahan mengenai isu-isu semasa serta melahirkan peserta yang berdisiplin dan bersemangat patriotik serta cintakan negara.

Prihatin dalam meningkat sosioekonomi masyarakat melalui pendidikan, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani turut bersama-sama hadir ke majlis ini.

Baca artikel lain: Zii Jia terkandas di suku akhir Masters China

Syaiful Rizal memaklumkan, YBR menyokong inisiatif pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dan belia merupakan golongan sentiasa mendapat perhatian dalam mengembangkan potensi selaku pelapis pemimpin negara.

“Diharapkan inisiatif ini dapat membantu memberi pendedahan kepada para peserta bagi membentuk kepimpinan muda pelapis yang bertanggungjawab dan berketerampilan, selaras dengan hala tuju kementerian bagi melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan belia pada masa akan datang.

“Melalui modul-modul yang telah disediakan sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran dan motivasi para peserta untuk mempertingkatkan tahap pencapaian melalui jati diri yang utuh di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Turut hadir dalam adalah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

YBR berharap inisiatif seperti ini dapat menjadi pemangkin kepada generasi muda dalam memupuk semangat kekitaan dan perpaduan serta perasaan tanggungjawab di kalangan golongan belia agar dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan juga negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This