Masih ramai pemandu tiada lesen, beri alasan tiada masa – JPJ

Dari Penulis

MASIH ramai pemandu kenderaan di jalan raya yang memandu tanpa lesen memandu yang sah dan memberi pelbagai alasan ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Alasan tiada masa ambil lesen dan proses remeh adalah antara alasan diberikan 23,748 pengguna jalan raya yang disaman kerana kesalahan tidak memiliki lesen memandu dalam operasi terkini.

Jumlah itu diperoleh hasil pemeriksaan terhadap 554,372 kenderaan dalam operasi selama 14 hari yang dilancarkan JPJ.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kesalahan itu adalah yang tertinggi berjaya dikesan sepanjang Op Patuh Bersepadu 2023 yang berakhir pada 24 November lalu.

Menurutnya, kebanyakan yang melakukan kesalahan tersebut terdiri daripada individu berusia 15 hingga 35 tahun.

“Sepanjang operasi Op Patuh Bersepadu, JPJ turut mengeluarkan notis terhadap 17,447 kenderaan kerana cukai jalan tamat tempoh dan 13,857 kenderaan yang dikesan tidak mempunyai perlindungan insurans.

Manakala notis lain yang dikeluarkan adalah membabitkan kesalahan teknikal (12,191 notis) tiada lesen vokasional (4,902 notis) dan lebih muatan (2,329 notis),” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas operasi berkenaan di Taman Awam Teluk Likas, Jalan Tun Fuad Stephan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Lokman berkata, pihaknya turut mengesan tujuh kesalahan utama iaitu memotong barisan, melanggar lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.

Menurutnya, JPJ turut mengambil tindakan tegas terhadap 4,797 pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan.

“JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pemilik atau pemandu yang masih tegar melanggar peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This