KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menegaskan, isu kekurangan guru adalah bersifat sementara dan akan diselesaikan mengikut keperluan dan situasi semasa.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, setakat 31 Oktober, jumlah kekosongan guru sudah dikenal pasti dengan peratusan tertinggi direkodkan di sekolah kebangsaan (SK).
“Ingin saya tekankan di sini, isu kekurangan guru ini berlaku di semua jenis sekolah dan ia bersifat sementara.
“Saya beri jaminan isu guru ini sentiasa menjadi perhatian kita, KPM sangat komited untuk mengisi jawatan kekosongan guru,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) Peringkat Jawatankuasa bagi KPM di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca artikel lain: Imbuhan untuk penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman – Ahmad Samsuri
Menyentuh isu kekurangan guru di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) beliau berkata, KPM mengambil maklum dan sedang mengambil tindakan sewajarnya.
“Dalam konteks bilangan guru opsyen bagi SJKC, terdapat beberapa subjek yang mencatatkan kekurangan guru seperti Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani, manakala terdapat lebihan kepada opsyen Matematik, Sains dan Bahasa Cina.
“Ini yang saya nak tekankan. Data tidak berubah dan konsisten,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

