PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman sebagai bukan individu biasa.
Jelasnya, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor merupakan calon yang banyak berbakti kepada negara dan boleh memainkan peranan penting sekiranya mandat sebagai Ahli Parlimen diberikan kepadanya.
“Mengakhiri lawatan ke Kemaman, Terengganu, saya sempat menyertai Ceramah Mega Perpaduan Madani seraya diapit kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
“Saya maklumkan hadirin, calon BN Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bukan calon biasa kerana pernah menabur jasa serta bakti kepada negara.
“Hatta, beliau dilihat mampu memainkan watak penting dalam mengukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan khasnya jika dipilih sebagai wakil rakyat kelak,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: JPJ tumpu program advokasi pelajar bawa kenderaan ke sekolah
Pada masa sama, beliau sekali lagi menyatakan kesungguhan mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan dalam memastikan wujud kehidupan yang lebih baik.
“Saya juga sempat titipkan komitmen kerajaan dalam membasmi kemiskinan dan terus mengemudi kepimpinan negara berlandaskan tatakelola yang betul selain melawan kebobrokan nilai dan kebejatan rasuah sehingga ke tahap maksimum,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

