PRK Kemaman : Pas dijangka mampu kekal kemenangan, BN mahu lakukan kejutan

Dari Penulis

SETELAH 14 hari berkempen, esok seramai 141,790 pengundi di Parlimen Kemaman akan mengundi untuk memilih Ahli Parlimen kawasan itu.

Mereka mempunyai dua pilihan sama ada mengekalkan Pas yang kali ini diwakili oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar atau melakukan kejutan dengan memilih bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Bagaimanapun dalam tempoh tidak sampai 24 jam untuk pusat mengundi dibuka, Pas dikhabarkan terus mendahului dan dilihat mempunyai peluang cerah untuk mengekalkan kerusi berkenaan dengan kemenangan dijangka memihak kepada Ahmad Samsuri.

Meneliti perjalanan kempen sejak 19 November lalu, tiada apa-apa yang menarik selain janji bahawa jika menang Raja Mohamed Affandi akan diberi tugas khas untuk menjadi penghubung antara Kerajaan Pusat dengan Terengganu memandangkan Kerajaan Perpaduan tiada wakil di kerusi Parlimen dan Kemaman akan menjadi anak emas jika kembali kepada BN. Bagaimanapun satu sumber memaklumkan kepada penulis, ‘’segalanya serba tak kena kepada BN di Kemaman’.

Lain-lain bahan kempen lebih kepada politik dan misi BN untuk menebus maruah selepas kalah teruk di Terengganu bukan sahaja untuk kerusi Parlimen apabila tewas di kesemua lapan kerusi malah turut ‘tersungkur’di 32 kerusi DUN.

Oleh itu kemenangan di Parlimen Kemaman penting untuk maruah politik BN. Kalau mahu bercakap soal pembangunan, penduduk Terengganu tidak perlu bimbang jika Pas menang kerana calon parti itu ialah Menteri Besar Terengganu. Sudah pastilah Ahmad Samsuri akan turut beri perhatian khusus kepada kawasan Parlimen berkenaan.

Begitu juga soal hubungan antara Kerajaan Pusat dan Terengganu pasti tidak ada masalah kerana sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menyatakan beliau tidak akan membezakan antara negeri pembangkang dan negeri dikuasai oleh kerajaan pusat.

Malah sebelum ini Ahmad Samsuri pun sudah bertemu Anwar untuk membincangkan isu berkaitan negeri Terengganu dan jangan lupa Anwar pernah mengumumkan bantuan tambahan RM50 juta kepada mangsa banjir beberapa bulan lalu, apabila Ahmad Samsuri memaklumkan masalah kekurangan dana berhubung perkara itu.

Keadaan itu membuktikan pertembungan di Kemaman tidak akan mengubah apa-apa, kalaupun Pas menang. Lagi pula kedudukan Kerajaan Pusat pun semakin kukuh apabila terdapat lima ahli Parlimen Bersatu beri sokongan kepada Anwar dan Kerajaan Madani manakala Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki telah beri jaminan tidak akan ada seorangpun Ahli Parlimen BN/UMNO akan menarik sokongan kepada Anwar.

Oleh itu tiada apa yang perlu dibimbangkan jika Pas menang. Sebaliknya kemenangan itu akan menjadi pembuka jalan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan Kerajaan Pusat atas prinsip Madani, biarpun berbeza fahaman politik.

Tambahan pula ada cakap-cakap, kalau BN kalah di Kemaman, ia akan membuka ruang untuk mengubah wajah UMNO Terengganu. Apa yang dimaksudkan dengan wajah itu, semua orang faham.

Apapun terserah kepada pengundi-pengundi Kemaman untuk menentukan sama ada mengekalkan negeri tanpa pembangkang di kerusi Parlimen dan DUN dengan terus memberi kepercayaan kepada Pas menguasai negeri itu secara mutlak atau beri ehsan politik kepada BN tetapi yang pasti sentimen sokongan kepada Pas dilihat masih utuh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This