Nota suara dakwa katil hospital penuh palsu, pernah tular tahun 2021 – KKM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU rakaman nota suara mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi ekoran penularan COVID-19 disahkan palsu.

Pada masa sama, rakaman itu turut mendakwa kes brought in dead (BID) telah meningkat dan penularan wabak baharu dari negara Afrika yang telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan nota suara itu pernah tular pada tahun 2021.

Menurut KKM, rakaman itu kembali ditularkan secara berleluasa menerusi aplikasi WhatsApp untuk menimbulkan keresahan awam.

“Sehubungan itu, orang ramai dipohon untuk tidak menyebarkan berita palsu ini yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga perlu sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak COVID-19 yang masih kekal di sekeliling kita.

Baca artikel lain: Mesej tular peningkatan COVID-19 hingga wad penuh palsu – KKM

“Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, Elak 3S, lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala, dapatkan vaksin COVID-19 termasuk dos penggalak serta dapatkan rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Pendekatan 3W adalah amalan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala dan amaran KKM yang lebih berkonsep peringatan manakala Elak 3S ialah elak kawasan sesak, sempit serta berbual pada jarak dekat.

Terdahulu, satu rakaman nota suara yang tular di aplikasi WhatsApp mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi.

Rakaman itu turut mengulas mengenai peningkatan kes brought in dead (BID) serta penularan wabak baharu dari negara Afrika yang telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This