Warner Music sahkan kontrak Kaka Azraff ditamatkan gara-gara lantang bersuara isu Israel

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TEKA-teki status penyanyi Kaka Azraff akhirnya terjawab apabila syarikat rakaman, Warner Music mengesahkan mengenai dakwaan penamatan kontraknya gara-gara kelantangannya mengenai isu Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat berkenaan, mereka sentiasa menyokong hak kebebasan bersuara dalam kalangan artis naungannya, namun keputusan harus dibuat berhubung tindakan penyanyi tersebut.

“Kaka adalah seorang artis yang sangat berbakat, tetapi malangnya kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung (DM) yang dipaparkan dalam talian.

Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, pihak Warner Music tidak mendedahkan tarikh akhir kontrak Kaka ditamatkan.

Baru-baru ini, Kaka memberitahu kontraknya itu akan berterusan sehingga 31 Disember ini dan dia meminta diberikan masa sebelum dapat mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dalam pada itu, menurut sumber, kontrak Kaka dengan syarikat Warner Music sepatutnya akan tamat pada April 2024.

Sebelum ini, Kaka mengirim mesej langsung (DM) dengan mengecam influencer dan pelakon Australia yang pro-Israel, Nathaniel Buzolic.

Lebih menarik perhatian, profilnya kemudian dikongsi sebuah laman sosial di bawah nama Jew Hate Database yang turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This