PERKONGSIAN video sekitar sambutan hari lahir suami pelakon, Datin Intan Najuwa iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman mendapat perhatian netizen di media sosial.
Namun bukan kemeriahan majlis yang diberikan tumpuan sebaliknya netizen mempersoalkan mengapa suami Intan sering dilihat berpeluh.
Menjawab pertanyaan individu yang dikenali sebagai Lana itu, aktres berusia 26 tahun mengakui suaminya kuat berpeluh.
“Dia memang jenis cepat berpeluh dan ada saja orang jenis cepat berpeluh. Terutama bila di tempat panas,” ujarnya.
Dalam pada itu, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid turut menyindir pertanyaan itu yang dianggap kurang cerdik.
“Jangan tanya soalan macam orang tak sekolah. Penat nak jawab,” tambahnya.
Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Asraf Azman yang juga seorang usahawan pada 18 Ogos lalu.

