POLIS meminta orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang boleh menganggu siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mengesan beberapa komen dan hantaran di laman media TikTok.
“Komen seperti ini bukan sahaja mewujudkan kegusaran kepada orang ramai malah menganggu emosi keluarga yang masih dalam kesedihan atas kehilangan anak yan disayangi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk melengkapkan siasatan dan mengesan suspek terlibat.
UtusanTV sebelum ini melaporkan Zayn dilaporkan hilang dari kawasan perumahan apartmen dekat Jalan PJU 10/1, Damansara Damai pada tengah hari Selasa.
Zayn kemudian ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya, kira-kira jam 10 malam hari Rabu.
Mangsa ditemui semasa gerakan mencari dijalankan melibatkan pegawai dan anggota polis serta penduduk setempat.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat ke atas Zayn Rayyan mendapati terdapat unsur jenayah iaitu kesan kecederaan pada leher dan badan.
Kes kini disiasat men
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

