Mayat lelaki tidak berpakaian ditemui di Cheras

Dari Penulis

MAYAT seorang lelaki dalam keadaan tidak berpakaian ditemui di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru pada 6 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan mendapati mayat seorang lelaki tempatan berbangsa Cina itu ditemui dalam keadaan meniarap di tepi jalan dan mengalami kecederaan di badan.

“Pegawai perubatan dari Hospital Ampang yang hadir telah mengesahkan kematian mangsa.

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki pukul bekas isteri di luar balai polis ditahan

SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki memukul bekas isterinya dalam sebuah kereta di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi, Kajang,...

More Articles Like This