MESKIPUN masih dianggap baru, penembak negara mendapat pujian daripada banyak negara ketika menyertai kejohanan Konfederasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Shotgun World Shoot 2023.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pasukan Malaysia, Mohamad Hamdan Abu Bakar dengan menjelaskan, ianya sesuatu yang mengejutkan memandangkan sukan ini kurang dikenali dalam kalangan peminat tempatan.
Ujarnya, IPSC Shotgun World Shoot 2023 meninggalkan 1,001 kenangan dan pengalaman yang pastinya berguna dalam mempertingkatkan kualiti tembakan pada masa hadapan.
“Pencapaian pasukan Malaysia boleh dibanggakan kerana mendapat pujian dari beberapa negara lain yang berpendapat walaupun negara kita kurang popular acara IPSC Shotgun ini, tapi tetap mampu memberi saingan di peringkat yang dipertandingankan.
“(Antara pengalaman ditimba) latihan perlu di pertingkatkan, juga dari aspek senjata yang baik juga memainkan peranan yang besar,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.
Baca artikel lain: Mohd Azamanizam kini Presiden baharu PERDASAMA
Mohamad Hamdan berjaya menduduki tempat ke-138 dalam kejohanan IPSC Shotgun World Shoot 2023 menerusi kategori Standard yang menamatkan saingan lima hari Jumaat lalu.
Manakala, seorang lagi penembak negara yang mendapat kedudukan terbaik adalah Dr Mahadhir Alhady Sulaiman di tempat ke-152.
Malaysia menghantar empat penembak untuk menyertai kategori Standard dalam kejohanan yang melabuhkan tirai pada 9 Disember lalu.
Selain kategori Standard, kejohanan dunia itu turut menyaksikan penembak terbaik dalam kategori Manual; Modifikasi dan Open.
Berdasarkan laman web rasmi IPSC Shotgun World Shoot 2023, kejohanan tersebut menarik penyertaan lebih 700 penembak dari seluruh pelosok dunia.
Antara negara tersebut termasuk Amerika Syarikat (AS), Itali, Kazakhstan, Poland di samping Malaysia dan negara tuan rumah, Thailand.
Mohamad Hamdan berharap, kejayaan penembak Malaysia dalam kejohanan di Pattaya, Thailand itu membuka mata Majlis Sukan Negara (MSN) dalam menyediakan kelengkapan lebih baik kepada atlet tempatan.
“Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada team malaysia terutama sekali kepada isteri dan keluarga saya yang banyak memberi semangat.
“Apa pun saya berharap Sukan Menembak Praktikal ini di berikan perhatian oleh MSN khususnya untuk membantu atlet mendapat tempat di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

