Mohd Azamanizam kini Presiden baharu PERDASAMA

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MOHD Azamanizam Baharon, 46, memenangi jawatan Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) bagi sesi 2023-2026 selepas menewaskan pencabarnya Datuk Mohd Fauzi Zakaria.

Mohd Azamanizam memperolehi 56 undi, manakala Mohd Fauzi hanya memiliki 23 undi sempena Mesyuarat Agung Tahunan PERDASAMA kali ke-25 yang diadakan di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Majlis telah dirasmikan oleh Pemangku Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, ia diisi oleh Wan Kamazira Wan Ngah yang juga merupakan Yang Dipertua PERDASAMA Terengganu dan Naib Presiden 1 disandang oleh Aziz Rosden juga merupakan YDP PERDASAMA Negeri Sembilan.

Keputusan rasmi pemilihan diumumkan pengerusi pemilihan Dr Srazali Aripin yang juga YDP PERDASAMA Johor.

Pemilihan diadakan selepas Presiden PERDASAMA penggal yang lalu menyatakan hasrat tidak mempertahankan jawatan dan seterusnya memberi laluan kepada muka baharu bagi mengisi kekosongan.

Mengulas kemenangan itu, Mohd Azamanizam menyifatkan, ia adalah kepercayaan diberikan oleh para perwakilan dari 12 negeri yang hadir kepada beliau.

“Kemenangan ini adalah mandat, amanah dan kepercayaan kepada barisan pelapis kepimpinan dan pada masa yang sama memberikan suntikan semangat kepada kami untuk membawa suara akar umbi dalam kalangan ahli PERDASAMA dan masyarakat peniaga Bumiputera keseluruhan kepada pihak kerajaan.

“Saya mengucapkan terima kasih mantan Presiden ke-3 Datuk Mej (B) Abdull Rahim Saad atas komitmen dan kegigihan berjaya memimpin PERDASAMA dalam keadaan paling sukar mengambil alih daripada Tan Sri Matshah Safuan pada tahun 2020 ketika negara dilanda pendemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Agong kesal AS veto tolak resolusi PBB gencatan senjata Palestin-Israel

Jelas beliau, fokus utamanya kini adalah membina semula asas PERDASAMA agar terus releven sebagai wadah perjuangan kepentingan ekonomi dan perniagaan orang Melayu serta Bumiputera.

Katanya, realiti hari ini dan tempoh dua ke tiga tahun mendatang yang mencabar, usahawan Melayu perlu bersatu membina ketahanan perniagaan dengan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam pasaran dan teknologi.

“Di samping menambah baik strategi pengurusan, inovasi dan kualiti produk, pengurusan kewangan, dan kemampuan untuk mengekalkan pelanggan pasti menjadikan sesuatu perniagaan mampu berjayabertahan dalam jangka panjang dan seterusnya berjaya di peringkat lebihglobal,” katanya.

Tambah beliau, sejarah 25 tahun PERDASAMA telah mematangkan persatuan dalam menempuh pelbagai cabaran ekonomi, politik dan perubahan iklim perniagaan.

“PERDASAMA akan merangka satu blueprint untuk perancangan tujuh tahun akan datang dalam mengisi keberadaan dan momentum kejayaan yang telah diraih selama ini agar gerakan PERDASAMA mencarta Revolusi Industri 4.0, mendapat kepercayaan daripada kerajaan Pusat dan negeri.

“Ini penting agar daya tahan dan juang masyarakat perniagaan Bumiputera akan terus dijulang tanpa mengharapkan bantuan dan ehsan daripada kerajaan semata-mata,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This