Kekal portfolio dalam Kabinet, Rafizi teruskan perancangan Kementerian Ekonomi

Dari Penulis

MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli berazam meneruskan segala perancangan yang diatur bersama kementerian itu, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini mengekalkan kedudukan beliau menerajui kementerian berkenaan.

Beliau berkata sesiapapun yang ditugaskan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri perlu berkhidmat untuk negara kerana ia merupakan satu amanah, keistimewaan dan juga beban.

“Tugas Menteri macam saya ialah kita tumpu kepada kerja sebaik-baiknya, kalau dikekalkan macam sekarang, maksudnya Alhamdulillah perancangan yang kami buat itu maksudnya dirasakan ada nilai tambah kepada pentadbiran kerajaan dan kita akan teruskan (usaha dalam kementerian).

Baca artikel lain: Rombakan Kabinet bukti komitmen PM terhadap isu rasuah

“Kalaupun contohnya saya diminta untuk buat tugas lain, maksudnya saya selalunya akan pilih untuk memandang yang positif, saya dilihat ada nilai tambah di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat tapak projek Inisiatif Pendapatan Rakyat-Inisiatif Usahawan Tani Wilayah Ekonomi Koridor Utara (IPR-INTAN NCER), yang bertujuan membasmi kemiskinan tegar di Hulu Kinta hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This