Kren binaan tumbang, perkhidmatan tren KTMB alami gangguan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

OPERASI perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengalami gangguan selepas sebuah kren binaan yang digunakan untuk projek parkir bertingkat tumbang pada petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.35 petang itu, KTMB memaklumkan kren binaan itu tumbang di atas landasan kereta api di Kilometer (KM)355.749 antara Rawang dan Kuang.

Jelas KTMB, kejadian itu sekaligus menyebabkan alat talian atas telah terputus sekaligus mengakibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembang Klang laluan KL Sentral-Tanjung Malim-KL Sentral mengalami gangguan perkhidmatan dan kelewatan daripada jadual asal melebihi dua jam.

“KTM Komuter laluan KL Sentral-Tg Malim telah ditamatkan di Stesen Sungai Buloh. Manakala laluan Tg Malim-KL Sentral ditamatkan di stesen Serendah. Bas-bas perantaraan telah disediakan di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Serendah.

“Bagi perkhidmatan ETS laluan Padang Besar-Gemas, tren telah ditamatkan di Stesen Tanjung Malim. Para penumpang dibawa menaiki bas perantara yang disediakan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh bagi meneruskan perjalanan ke KL Sentral dan Gemas dengan menaiki tren,” jelas KTMB.

Baca juga: Tambang percuma KTM Komuter dari 3 stesen di Perak ke utara

Mengulas lanjut, KTMB memaklumkan, bagi laluan Gemas-KL Sentral-Butterworth dan Gemas-KL Sentral-Padang Besar, penumpang diaturkan menaiki tren ETS dari KL Sentral ke Stesen Sungai Buloh.

Menurut KTMB, penumpang seterusnya dibawa menaiki bas ke Stesen Tanjung Malim untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing dengan menaiki tren ETS di laluan yang tidak terjejas.

KTMB memaklumkan, sepanjang gangguan perkhidmatan itu, pihaknya telah menempatkan kakitangan di stesen dan anggota Polis Bantuan untuk membantu melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas.

“Para pengguna yang terlibat juga boleh mendapatkan info semasa melalui media sosial rasmi KTMB dan juga daripada kakitangan KTMB yang bertugas di stesen.

“Pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari media sosial rasmi KTMB,” jelas KTMB.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This