Bas PDRM buat pusingan U langgar kereta, pemandu Wira diminta bantu siasatan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMANDU kereta jenis Proton Wira berwarna putih yang dilihat dilanggar sebuah bas milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewaktu bas itu membuat pusingan U dalam satu video tular diminta tampil bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir memaklumkan, video kejadian itu telah dikesan dimuat naik oleh akaun TikTok @deafebianschannel1, kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

Menurut Noor Ariffin, video berkenaan memaparkan sebuah bas tertera ‘Polis Kuala Lumpur’ telah membuat pusingan U di lampu isyarat Taman Greenwood, Jalan Batu Caves, Selangor.

Beliau berkata, bas PDRM itu kemudiannya telah melanggar sebuah Proton Wira berwarna putih yang nombor pendaftarannya tidak dapat dikenal pasti ketika sedang mengundur.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada 6 Disember lalu kira-kira pukul 2.30 petang di Jalan Batu Caves berhampiran Shell Greenwood.

“Bas PDRM itu dalam perjalanan dari arah Batu Caves, Selangor menghala ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Beliau sehubungan itu meminta pemilik akaun TikTok @deafebianschannel1 dan pemandu Proton Wira tampil membantu siasatan polis.

Baca artikel lain: Kes Zayn Rayyan: Polis temukan sehelai stoking dalam takungan air

“Mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019- 6026596 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03- 61262222,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 112 LN 170/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959

Semakan di TikTok @deafebianschannel1 mendapati rakaman video itu diambil daripada satu rakaman video yang dimuat naik di YouTube MDH Viral Channel pada Isnin lalu.

Rakaman video berdurasi dua minit 10 saat itu dipercayai daripada rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Kelihatan bas itu cuba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat terbabit sedangkan lampu isyarat di laluan bertentangan juga sedang menyala hijau.

Pemandu bas kemudian terpaksa mengundurkan sedikit kerana tidak cukup ruang untuk membuat pusingan U namun terlanggar bahagian tepi sebuah kereta Proton Wira yang sedang meneruskan perjalanan di belakangnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This