KERAJAAN negeri Perak meluluskan cadangan pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan di antara Gopeng dan Kuala Kangsar sepanjang 60 kilometer.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan itu turut dipersetujui Kabinet dan akan dibangunkan secara inisiatif kewangan swasta (PFI).
“Projek ini dilakukan secara PFI tanpa menggunakan duit kerajaan.
“Saya difahamkan, cadangan laluan itu telahpun disiapkan dan saya dah pun minta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk mempermudahkan segala urusan bagi mempercepatkan pembinaannya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Perak Economic Outlook 2024 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.
Baca artikel lain: KKM akan keluar arahan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19
Mengulas lanjut Saarani berkata, pembinaan WISE akan menjadi pelengkap kepada jajaran lebuh raya di Perak yang sering berdepan kesesakan yang teruk terutama di laluan berhampiran Terowong Menora.
Katanya, buat masa ini, pengguna jalan raya tidak mempunyai pilihan laluan lain, melainkan terpaksa menggunakan jalan lama antara Sungai Siput dan Chemor.
“Kalau tersangkut akibat kemalangan di terowong atau di bawah sana (jalan biasa), orang tidak ada pilihan dah.
“Tetapi dengan adanya WISE, mereka boleh ambil laluan dari Kuala Kangsar terus ke Gopeng atau yang dari utara keluar Changkat Jering dan ambil laluan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE),” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

