Di balik kehijauan dan ketenangan Taman Tasik Taiping, ada satu sudut yang seolah-olah ‘hidup’ dengan cerita yang tidak semua orang sanggup dengar.
Siang hari, kawasan ini dipenuhi gelak tawa. Kanak-kanak berlari, pasangan bersiar-siar, dan warga emas duduk menikmati angin tasik yang mendamaikan.
Namun, menurut seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Bibah, suasana itu menjadi sisi gelap apabila malam.
“Bila matahari jatuh, tempat tu jadi lain,” katanya perlahan.
Bibah memberitahu terdapat satu lokasi terpencil yang dikenali penduduk sebagai ‘Batu Buaya’ seketul batu besar di tepi tasik yang bentuknya menyerupai seekor buaya sedang berjemur.
“Siang nampak macam biasa. Tapi malam… sunyi dia lain macam. Macam ada benda yang kita tak nampak,” katanya lagi.


Aktiviti songsang larut malam
Menurut Bibah, apabila malam semakin larut, terutama selepas tengah malam kawasan itu mula dikunjungi.
Individu-individu tertentu datang secara senyap, bergerak dalam gelap, memilih sudut terlindung di sebalik pokok dan bayang-bayang.
“Ada yang datang sorang, lepas tu muncul lagi seorang. Mereka tak bercakap kuat. Semua senyap… macam dah tahu apa nak buat,” jelasnya.
Bibah mendakwa, kawasan itu sudah lama menjadi lokasi aktiviti songsang yang berlaku jauh dari pandangan umum.
Laluan yang sempit, pencahayaan yang malap, serta kedudukan yang tersorok menjadikan ia seolah-olah ‘terlindung’
daripada mata manusia biasa.
“Ada masa kita lalu jauh sikit pun dah rasa tak sedap hati. Macam ada orang perhati… tapi bila tengok, kosong,” katanya, mengimbau pengalaman yang membuatkan dia sendiri enggan mendekati kawasan itu selepas senja.
Apa yang lebih meresahkan, menurut Bibah, ialah kehadiran individu luar yang bukan dari Taiping.

Mereka dipercayai mengetahui lokasi tersebut melalui saluran tertentu, seolah-olah tempat itu mempunyai tarikan tersendiri.
“Ini bukan cerita sehari dua. Penduduk dah lama perasan. Ada aktiviti maksiat lelaki songsang tapi tak ramai berani cakap.
“Kesan-kesan yang ditinggalkan juga menimbulkan tanda tanya. Tisu bertaburan, botol minuman, malah pakaian yang ditinggalkan tanpa pemilik.”
Semuanya menjadi bukti senyap bahawa terdapat aktiviti yang tidak sepatutnya terjadi.
Pesanan di Sebalik Cerita
Walau kisah ini diselubungi misteri dan bisikan yang tidak pasti, satu hakikat tidak boleh dinafikan, kawasan seperti Taman Tasik Taiping adalah milik semua.
Ia sepatutnya kekal sebagai ruang selamat untuk keluarga, bukan tempat untuk aktiviti songsang.
Apa jua yang berlaku dalam gelap, akhirnya akan meninggalkan kesan kepada mereka yang hidup dalam terang.
Penduduk disaran untuk tidak bertindak sendiri, sebaliknya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika terdapat aktiviti mencurigakan.
Orang ramai juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati kerana tidak semua sudut yang sunyi itu benar-benar kosong.
Kerana kadangkala…
yang paling menyeramkan bukanlah makhluk yang tidak kelihatan,
tetapi manusia yang memilih untuk bersembunyi dalam gelap.
Catatan: Kisah yang diceritakan Bibah ini adalah pandangan peribadi yang tidak mewakili mana-mana pihak, dan tidak ada kaitan dengan yang hidup atau meninggal dunia. Hanya pandangan peribadi. Lain orang berbeza pandangan. Dalam masa yang sama, ia juga sebagai nasihat buat pembaca agar menghargai keindahan alam kurnian Allah sebaik-baiknya.
Foto: Facebook Tourism Perak

