Bekas Presiden ABIM dipilih Pengerusi Bersih baharu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz telah dipilih sebagai Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang baharu untuk sesi 2023 hingga 2025.

Jawatankuasa Pemilihan Bersih dalam kenyataan memaklumkan, Muhammad Faisal telah dipilih selepas memperoleh 23 undi, kelebihan hanya satu undi berbanding pencabarnya, Gopalan K Papachan.

Menurut Jawatankuasa Pemilihan Bersih, proses pengundian telah dijalankan secara dalam talian bagi membolehkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membentuk gabungan Bersih berada di luar Lembah Klang.

Katanya, ia menyaksikan penerimaan 45 kertas undi daripada 61 NGO yang membentuk gabungan itu dengan jumlah pengundian adalah sebanyak 74 peratus.

“Kertas undi telah dibuka dan dikira sejurus penutupan pengundian pada pukul 5 petang, semalam di pejabat Bersih.

“Proses tersebut disiarkan melalui aplikasi Zoom untuk disaksikan oleh endorsing NGO dan disaksikan oleh lima pemerhati daripada endorsing NGO secara fizikal di pejabat.

“Berdasarkan keputusan ini, Jawatankuasa Pemilihan mengisytiharkan saudara Muhammad Faisal dipilih sebagai Pengerusi Bersih bagi sesi 2023 – 2025,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Setahun Kerajaan Perpaduan: Reformasi pada kadar ‘siput’, kata Bersih

Mengulas lanjut, Jawatankuasa Pemilihan turut mengucapkan tahniah kepada calon yang berjaya dan berharap pengerusi yang baharu dipilih menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Jawatankuasa pemilihan juga mengucapkan penghargaan kami kepada semua endorsing NGO Bersih yang menjalankan hak mereka untuk mengundi dan menjadikan pemilihan kali ini berjalan lancar.

“Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Sekretariat Bersih yang membantu menjalankan proses pemilihan ini dengan level profesionalisme, komitmen dan dedikasi yang tertinggi,” katanya.

Pada 19 November lalu, bekas Pengerusi Bersih, Thomas Fann meletak jawatan dengan memberikan notis dua bulan susulan mengakui tidak mampu untuk memimpin jawatankuasa berkenaan yang sudah dibahagikan.

Fann mengambil alih jawatan pengerusi Bersih daripada Maria Chin Abdullah pada Oktober 2018.

Muhammad Faisal merupakan bekas Presiden ABIM dari 2019 hingga tahun ini serta pernah menjadi Timbalan Pengerusi Bersih selama dua tahun sehingga 2020.

Beliau juga merupakan bekas Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada 2009 hingga 2011.

Muhammad Faisal merupakan graduan Sarjana Perundangan daripada Unitersiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) Syariah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

POLIS menahan 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan dan rusuhan di kawasan parkir pusat beli-belah...

More Articles Like This