Bersih beri penilaian gred D kepada Kerajaan Perpaduan, reformasi bergerak perlahan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberikan gred D iaitu bersamaan dengan 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang dua tahun pentadbiran mereka.

Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemarkahan yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menunjukkan wujud jurang besar daripada aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi oleh kerajaan semasa.

Jelas beliau, Bersih ingin menekankan bahawa manifesto pilihan raya tetap terikat walaupun parti lain menyertai gabungan dan ia sepatutnya memberikan kelebihan dalam memenuhi kesemua agenda reformasi.

“Berdasarkan perkiraan yang kami nyatakan sebentar tadi, 70 peratus skala pemarkahan berdasarkan usaha memenuhi manifesto dan beberapa perbandingan lain, hasilnya hanya 45.8 peratus.

“Apa maknanya? Berlaku perubahan perlahan ke atas reformasi dan terdapat jurang signifikan ke arah pelaksanaan reformasi.

“Secara keseluruhannya ada progres dilakukan oleh kerajaan namun bagi kami ia masih lagi tidak mencukupi dan perlu lebih baik daripada itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Laporan Penilaian Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Sambutan Lapan Tahun Selepas Bersih 5 yang turut dihadiri dua bekas Pengerusi Bersih iaitu Maria Chin dan Thomas Fann.

Pada pembentang itu juga, Bersih menilai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri terbaik Malayasia bermula dari zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sehingga kini.

Malah, Muhammad Faisal menerusi pembentangan tersebut meletakkan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad lebih baik daripada Anwar dengan mendapat empat markah berbanding Perdana Menteri ke-10 itu yang hanya menerima tiga markah.

Jelasnya beliau, antara kejayaan terbesar Ismail Sabri adalah berjaya menjalinkan kerjasama baik dengan pembangkang untuk sama-sama membantu negara yang ketika itu masih dibadai COVID-19.

“Pada zaman Ismail Sabri beliau berjaya memeterai perjanjian dengan pembangkang, beliau mengagihkan peruntukan dana pembangunan kawasan (CDF) kepada pembangkang.

“Beliau juga ada kesungguhan untuk berbincang bersama pembangkang berkenaan Akta Lompat Parti, ada progres pada masa Ismail Sabri,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This