GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu pada 27 April ini.
BERSIH dalam kenyataan hari ini berkata, hal itu kerana majlis rumah terbuka tersebut dianjurkan di kawasan dan ketika pilihan raya sedang berjalan.
Jelas BERSIH, penganjuran rumah terbuka aidilfitri boleh bercanggah dengan banyak peruntukan di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
“Berdasarkan risalah program tersebut yang kami terima, pelbagai aktiviti sambutan akan diadakan seperti jamuan makan dan pemberian duit raya.
“Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 (Penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan di bawah Seksyen 10 (Penyogokan),” jelas kenyataan tersebut.
Mengulas lanjut, BERSIH berkata, Kerajaan Negeri Selangor juga perlu sedar bahawa penganjuran rumah terbuka itu menggunakan sumber kerajaan negeri.
Tegas BERSIH, Kerajaan Negeri Selangor perlu memastikan bahawa majlis tersebut tidak digunakan sebagai platform untuk memperkenalkan calon daripada komponen parti kerajaan dan seterusnya berkempen dengan memasang bendera dan kaedah-kaedah kempen yang lain yang bertujuan untuk memenangkan calon mereka.
BERSIH berkaya, penggunaan sumber kerajaan bukan sementara seperti Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan semasa tempoh pilihan raya kecil seperti di PRK KKB perlu mematuhi prinsip 3C yang digariskan oleh BERSIH sebelum ini iaitu No Conditions (Tanpa Syarat), No Campaign (Tanpa Kempen) dan No Candidate (Tiada Calon).
“BERSIH juga ingin mengingatkan parti-parti politik atau mana-mana calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya ini yang bercadang untuk menganjurkan majlis rumah terbuka peringkat parti atau kapasiti masing-masing supaya tidak berbuat demikian kerana aktiviti tesebut adalah bercanggah dengan AKPR.
“BERSIH sekali lagi menegaskan kepada semua pihak yang akan bertanding dalam PRK KKB ini terutamanya pihak Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan agar mematuhi etika kempen pilihan raya supaya pilihan raya di negara kita dapat berjalan dengan bersih dan adil,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

