Bunuh isteri guna dumbel, lelaki direman tujuh hari

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang disyaki membunuh isterinya menggunakan dumbel di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Tempoh reman hingga Jumaat depan itu dibenarkan Mahkamah Majistret Shah Alam dikeluarkan Timbalan Pendaftar, Saidatul Akmar Suberi.

Terdahulu, lelaki yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap berusia 38 tahun itu tiba di Mahkamah Shah Alam memakai pakaian lokap diiringi pegawai dan anggota polis pada pukul 9.20 pagi tadi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, seorang wanita maut dipercayai dipukul menggunakan dumbel oleh suaminya akibat cemburu.

Beliau berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 5.33 pagi oleh suspek sendiri yang mengatakan isterinya mengalami sawan lalu membawa mangsa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri.

Baca artikel lain: Wanita maut disyaki dipukul suami guna dumbel angkara cemburu

Menurut Mohd Iqbal, hasil pemeriksaan awal oleh doktor ke atas wanita berusia 33 tahun itu terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu di rumah mereka sebelum dibawa ke hospital.

Bertindak atas maklumat tersebut, beliau berkata, lelaki itu ditahan pada pukul 12.49 tengah hari di Hospital Shah Alam dan senjata yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya iaitu sebuah dumbel turut dirampas.

Suspek yang mempunyai dua rekod lampau kes pukul dan dadah serta hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki tersebut juga positif dadah.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

“Pasangan tersebut baru berkahwin pada April lepas dan belum mempunyai anak. Si mati bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej di Sarawak pulang bercuti untuk menghadiri perkahwinan adik iparnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This