Rekaan bertatah kristal Swarovksi bernilai RM 250,000 dengan 83,900 butir Swarovski saluti Haliza Masyuri, rai sambutan ke-25 Bawal Exclusive

Dari Penulis

Serba mewah dan ekslusif, itu yang boleh digambarkan pada majlis ulang tahun ke-25 Bawal Exclusive bertemakan Magnificent Century. Mahu menampilkan kelainan pada malam yang cukup bermakna ini, pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Masyuri, menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Rizalman Couture dengan bertatahkan kristal Swarovksi yang berharga RM 250,000 dan dihiasi 83,900 butir Swarovski.

Menurut pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Masyuri, perancangan rekaan baju itu sudah bermula sejak awal tahun dan dihasilkan dengan buatan tangan sepenuhnya.

“Sebenarnya perbincangan mengenai rekaan baju ini telah bermula sejak awal tahun lagi. Dalam tempoh setahun terhasillah busana daripada rekaan Rizalman Couture dan ianya bernilai RM250,000.

“Dan fabriknya juga diimport dari United Kingdom dan kristalnya dari Austria dan dibuat secara handmade, dijahit satu persatu. Rizalman Couture sangat teliti dan saya sangat yakin akan kualitinya. Ini adalah kristal Swarovski tulen bertatahkan 83,900 butir pelbagai saiz dan bentuk.

“Sebelum itu saya sudah ke Turki dan pihak Swarovski juga membantu mencari pereka terkenal di sana namun agak sukar kerana banyak perkara yang harus dipertimbangkan daripada segi fitting dan sebagainya. Dan akhirnya saya membuat keputusan memilih Rizalman kerana dia satu-satunya pereka yang mampu memenuhi kehendak saya,” kata Haliza kepada media.

Wanita jelita itu turut menyatakan keterujaan apabila majlis sambutan ke-25 tahun Bawal Exclusive ini turut dihadiri wakil Swarovski dari Austria.

“Malam ini sangat istimewa kerana wakil Swarovski diterbangkan khas dari Austria ke Malaysia semata-mata untuk meraikan ulang tahun ke-25 kami. Saya mahu pihak Swarovski sendiri melihat busana bertatahkan kristal Swarovksi berharga RM250,000 ini dan bagaimana sambutan rakyat Malaysia terhadap Bawal Exclusive yang dijual pada harga puluhan ribu ringgit,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, barisan rekaan terbaharu Bawal Exclusive turut dipersembahkan buat pertama kalinya kepada khalayak. Rekaan itu bermula pada harga RM12,000 sehingga RM150,000. Tidak gentar akan keadaan ekonomi yang meruncing, jelas Haliza, segmen pasarannya berbeza dan dia jelas akan siapa sasaran pembeli.

“Saya berniaga dan punya target market tersendiri. Saya menjual kepada mereka yang berkemampuan dan Alhamdulillah, sebenarnya rakyat Malaysia ramai yang kaya. Jika kita menjual produk dan betul target marketnya, walaupun Covid atau krisis ekonomi, permintaan tetap ada.

“Rekaan terbaharu ini direka oleh Megan Carter dari Austria dan kami menjual seni. Harganya merangkumi jumlah kristal yang digunakan, warna dan rekaan tersendiri. Dan buat masa ini tudung paling mahal berharga RM150,000. Apa yang dipersembahkan pada hari ini hanya dijual sehelai sahaja setiap satu. Jadi pembeli akan menjadi satu-satunya yang memiliki rekaan tersebut di dunia,” jelasnya lagi.

Di ulang tahun yang ke-25 ini, Bawal Exclusive turut membuat bidaan untuk rekaan tudung pertama yang dikeluarkan iaitu Bawal Tabur dan khas dibuat sempena ulang tahun. Bermula dengan harga RM25, Bawal Tabur ini telah berjaya dibida dengan harga tertinggi bernilai RM78,000. Hasil jualan tersebut akan disalurkan Tabung Kemanusiaan Palestin (Malaysia Medical Relief Society).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This