Ibu remaja lari dari asrama kerana dakwa dibuli buat laporan polis

Dari Penulis

IBU kepada pelajar lelaki sebuah sekolah asrama penuh di Cheras yang melarikan diri kerana dikatakan tidak tahan dibuli, hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM), Kuala Lumpur pada pukul 11.16 pagi.

“Saya buat laporan polis secara berseorangan kerana anak saya masih menerima rawatan di HCTM.

“Anak saya semakin pulih, dan sudah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis sekiranya diperlukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Baca artikel lain: 11 remaja ditahan, disyaki terlibat kes buli di asrama

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan.

Pada 8 Disember lepas, seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun di Cheras ditemukan dalam keadaan lemah oleh ibu bapanya dan guru sekolah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, beberapa jam selepas dilaporkan hilang dari asrama.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This