Sabah kukuh, terus maju selagi rakyat bersatu padu – Ketua Menteri

Dari Penulis

TIADA siapa yang boleh memecahbelahkan Sabah selagi mana perpaduan dalam kalangan rakyatnya kekal teguh, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya sebagai Ketua Menteri, beliau komited untuk melihat Sabah tercinta ini kekal bersatu, sejahtera dan inklusif selamanya.

“Kita akan kukuh hanya apabila perpaduan terus teguh. Dengan perpaduan kita dapat mengetepikan sebarang cubaan untuk menjejaskan kestabilan, di samping dapat memastikan bahawa pembangunan boleh diteruskan tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam amanat sempena Tahun Baharu hari ini.

Katanya, beliau amat terharu dengan sokongan rakyat yang teguh berdiri di belakang kerajaan, terus memberikan kepercayaan kepada keikhlasan beliau untuk melakukan yang terbaik buat Sabah.

“Mari kita ketepikan politik, kita tolak sebarang usaha untuk melaga-lagakan kita. Kita perlu melangkah ke hadapan bersama ke tahun baharu dengan penuh tekad, bersatu dalam kepelbagaian, dan komited untuk melakukan kebaikan selaras dengan mandat yang diberikan untuk memajukan negeri.” katanya.

Baca juga: Gagasan rakyat adakan persidangan agung tahunan pertama 13 Nov – Hajiji

Beliau berkata dengan sokongan rakyat, kerajaan kegeri telah mengorak langkah yan hebat dalam melaksanakan pelan pembangunannya Hala Tuju Sabah Maju Jaya, dan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, kerajaan negeri tetap teguh dalam melaksanakan agenda SMJ, terus berada di landasan betul dalam melaksanakannya.

Hajiji berkata, Bajet 2024 negeri yang diluluskan baru-baru ini berjumlah RM5.701 bilion, adalah bukti komitmen kerajaan negeri untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di Sabah.

“Komitmen terhadap pertumbuhan kekal, tidak pernah berbelah bahagi. Kita tetapkan sasaran bagi merebut pelbagai peluang yang boleh dimanfaatkan negeri dalam semua sektor. Kita akan terus lakar kejayaan dan mengejar peluang pelaburan baharu untuk mewujudkan spin-off ekonomi di samping mewujudkan pekerjaan untuk rakyat,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata semua kejayaan dan rancangan ini tidak akan bermakna tanpa usaha dan komitmen gabungan semua, serta persekitaran yang kondusif untuk mencapai matlamat pembangunan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This