PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengajak, masyarakat untuk menyertai Himpunan Ambang Tahun Baru Bersama Palestin #kepung yang akan berlangsung malam ini.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut menyatakan hasrat untuk sama-sama turun padang bagi menjayakan himpunan tersebut.
“Insya-Allah malam ini saya akan turun ke Himpunan Ambang Tahun Baru Bersama Palestin #kepung yang akan diadakan berhampiran dengan Kedutaan Amerika bermula jam 8.00 malam.
“Ayuh semua tunjukkan sokongan kita kepada Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Laporan MASA tentang projek penambakan di P.Pinang dapat perhatian UNHRC
Himpunan Ambang Tahun Baru Bersama Palestin #kepung merupakan usaha rakyat Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza sehingga mengorbankan banyak nyawa selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.
Solidariti di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) itu adalah sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan dihentikan serta mendesak gencatan senjata dilaksanakan segera.
Polis sebelum ini menasihati peserta tidak mendirikan sebarang struktur atau khemah berhampiran Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, sepanjang himpunan itu berlangsung.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

