POLIS mengesahkan menjalankan siasatan terhadap dua individu membabitkan isu campur tangan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang mengesahkan perkara itu menjelaskan pihaknya telah membuka dua kertas siasatan melibatkan kes berkenaan.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ, Bukit Aman.
Menurut Mohd Shuhaily, ia disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
Baca artikel lain: Permohonan maaf Koo Ham hanya taktik lama DAP – Wan Saiful
“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Shuhaily tidak mendedahkan dua individu yang disiasat itu.
Pada 30 Disember lalu, Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham memohon maaf atas cadangannya agar pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.
Ahli Parlimen DAP itu berkata beliau langsung tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal agama Islam dengan membuat cadangan itu.
Beliau mendakwa tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas itu sebenarnya dibentuk oleh MKI yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sebelum itu, Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi MKI bertitah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam supaya menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

