Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kolej Antarabangsa Rich Talents dan Persatuan Eksekutif Makanan dan Minuman Malaysia (MFBEA)

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis


Industri kulinari di Malaysia antara industri perkhidmatan yang berkembang pesat menyumbang ke arah keperluan tenaga mahir, terutamanya dalam sektor hospitaliti dan pelancongan. Senario ini memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bidang kulinari ini diiktiraf dan dilabel sebagai kerjaya professional yang memerlukan kepakaran dan kreativiti.

Sejajar dengan itu, Kolej Antarabangsa Rich Talents (RTIC) telah menjalinkan perkongsian strategik dengan menandatangai memorandum persefahaman (MOU) bersama Persatuan Eksekutif Makanan dan Minuman Malaysia (MFBEA). Inisiatif ini bukan sahaja mampu menyahut aspirasi matlamat untuk meningkatkan pendidikan, malah dapat dijadikan landasan mempromosikan kecemerlangan dalam industri makanan dan minuman untuk terus berkembang maju.

Menerusi kerjasama ini, pelajar-pelajar akan mendapat kebaikan melalui hubungan kerja yang rapat dengan profesional industri.


Persatuan Eksekutif Makanan dan Minuman Malaysia (MFBEA) ditubuhkan pada 1988. Penubuhan persatuan ini adalah untuk mewakili kepentingan profesional F&B, menaikkan imej industri dan menaik taraf piawaian di dalam industri hospitaliti di Malaysia.

Menurut Pengasas RTiC, Prof. Datuk Chef Zamzani, “Sektor perhotelan dan pelancongan merupakan penyumbang penting kepada GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara dan ianya terus berkembang. Oleh itu, setiap usaha mesti dilakukan untuk memastikan pelajar menerima latihan terbaik sebelum memasuki alam kerjaya.

Kerjasama bersama organisasi seperti MFBEA membantu mengawal piawaian industri, mengukuhkan kualiti serta memberi pengetahuan kepada pelajar dan menyediakan peluang untuk mendapatkan pendedahan yang diperlukan bagi membina kerjaya yang lebih bermanfaat.

Menerusi usaha ini, pelajar-pelajar akan mendapat kebaikan melalui hubungan kerja yang rapat dengan profesional industri, serta memperolehi kelebihan kompetitif melalui pendedahan rangkaian dan kemahiran di luar kurikulum SKM.

Memorandum persefahaman bersama dengan MFBEA ini, akan menyediakan peluang bagi pelajar-pelajar mempelajari bagaimana untuk menganjurkan sesuatu acara daripada profesional industri yang berpengalaman,” tegasnya.


Antara objektif menerusi kerjasama ini :

  1. Pertukaran institusi antara fakulti dan kakitangan daripada institusi RTiC.
  2. Penyelenggaraan simposium, persidangan, kursus pendek dan mesyuarat mengenai isu-isu penyelidikan.
  3. Pertukaran maklumat yang berkaitan dengan perkembangan dalam pengajian, pembangunan pelajar dan penyelidikan.
  4. Kerjasama dalam projek penyelidikan dan penerbitan antara MFBEA dan institusi rakan kongsi.
  5. Mempromosikan dan menilai program serta aktiviti yang dianjurkan oleh kedua-dua organisasi bagi memastikan ia mengikuti standard kualiti tertinggi dan kejayaan berterusan.
  6. Pelajar RTiC akan menjadi ahli MFBEA selama tiga tahun, memperolehi kemudahan akses, perkhidmatan dan peluang yang besar. Pertukaran pelajar akan membantu mempromosikan misi MFBEA dan berpeluang membina komuniti.

Kolej Antarabangsa Rich Talents ditubuhkan pada Mac 2021 dan telah beroperasi sepenuhnya sejak Januari 2022 sehingga kini mempunyai 130 pelajar diberikan pembiayaan pengajian menerusi kerjasama bersama agensi kerajaan antaranya Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Yayasan Pendidikan MAIDAM Terengganu, dan Lembaga Zakat Selangor.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This