Pelakon filem Mary Poppins, Glynis Johns meninggal pada usia 100 tahun

Dari Penulis

PELAKON yang memainkan watak Mrs. Bank dalam filem terkenal Mary Poppins, Glynis Johns dilaporakan telah meninggal dunia semalam pada usia 100 tahun.

Memetik laporan NBC News, pengurusnya, Mitch Clem memberitahu aktres itu telah meninggal akibat sakit tua di kediamannya di Los Angeles.

“Hari ini adalah hari yang menyedihkan untuk Hollywood, dia adalah yang benar-benar terakhir dari Hollywood terdahulu,” ujarnya.

Sebelum muncul dalam filem Disney, Mary Poppins pada 1964, Glynis sudah dikenali secara meluas menerusi filem The Sundowners pada tahun 1960 yang berjaya mencalonkan dirinya dalam Oscars bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Sokongan.

Selain itu, Glynis turut membintang filem seperti The Chapman Report (1962), The Court Jester (1955), The Ref (1994) dan While You Were Sleeping (1995) serta pelbagai produksi teater.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This