UJIAN Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Peperiksaan itu dilaksanakan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara hingga Khamis ini (11 Jan).
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula akan bermula pada 17 hingga 23 Jan, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Jan) dan peperiksaan bertulis (30 Jan hingga 7 Mac), sementara Ujian Amali Sains telah dilaksanakan pada 5 hingga 7 Dis tahun lepas.
Sementara itu, Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Negeri akan melaksanakan Op Payung bagi membantu calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di lokasi terjejas banjir di negeri berkenaan.
Baca artikel lain: Banjir: SPM 2023 berlangsung seperti dijadualkan
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor Norlizah Noh pada Sabtu lepas berkata sebanyak 235 pelajar terjejas banjir dan sembilan sekolah rendah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), manakala sekolah menengah akan digunakan sebagai pusat peperiksaan awam SPM dan STPM.
Banjir di Johor merekodkan sejumlah 6,564 orang daripada 1,819 keluarga yang ditempatkan di 51 PPS setakat 8 pagi ini.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

