6 anggota polis ditahan bersama 18kg daun ketum

Dari Penulis

ENAM anggota polis serta seorang lelaki ditahan bersama rampasan daun ketum di daerah Brickfields pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, satu pasukan dari Cawangan Risikan Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman telah membuat serbuan di sebuah kediaman dekat Jalan Puchong, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan di kediaman tersebut telah menahan empat lelaki yang merupakan anggota polis berusia 24 hingga 38 tahun.

“Turut dirampas daun ketum 18 kilogram (kg) , air ketum seberat 13,500 mililiter (ml) dengan nilai keseluruhan RM420, peralatan memproses daun ketum, lima pasang uniform polis dan wang tunai bernilai RM1,200,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan tangkapan tersebut, dua lagi anggota polis berusia 32 hingga 35 tahun ditahan di sekitar Ibu Pejabat Daerah Brickfields pada pukul 4.45 petang.

“Seorang lelaki Melayu berusia 30 tahun juga ditahan di sekitar Jalan Klang lama bersama air ketum seberat 10,500 ml,” katanya.

Jelasnya, kesemua suspek direman di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan empat anggota polis telibat akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 180 pengguna.

Amihizam berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sindiket ahli yang terlibat dan sumber bekalan yang diperolehi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This