Selepas seri dengan Syria, pemain Malaysia yakin mampu tandingi pasukan lain di Piala Asia

Dari Penulis

PEMAIN pertahanan negara Daniel Ting yakin skuad Harimau Malaya mampu menandingi kehebatan pasukan lain pada Piala Asia 2023 selepas seri 2-2 menentang pasukan 100 terbaik dunia, Syria dalam aksi persahabatan kelmarin.

Pemain berusia 32 tahun itu mengakui, keputusan itu melonjakkan motivasi serta keyakinan diri kepada pemain negara untuk berjuang habis-habisan pada aksi pertama menentang Jordan pada 16 Januari ini.

“Mereka (Syria – ranking ke-91) duduk lebih baik daripada Malaysia (130) tetapi saya rasa kami sudah tunjukkan walaupun kedudukan jauh, tetapi kami boleh saingi tahap itu dan dengan itu lebih yakin untuk berhadapan Jordan.

“Ia (perlawanan persahabatan) juga bagus untuk kami dapatkan minit permainan dan sediakan kami untuk perlawanan pertama bagi kecergasan dan uji taktik yang kami sedang usahakan,” katanya menerusi klip audio yang dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia hari ini.

“Ia (berada dalam pasukan kebangsaan) dikira sebagai pemain terbaik negara, jadi tentunya arasnya sentiasa meningkat dan latihan berintensiti, semua mahu buktikan sesuatu. Ini pemain terbaik dari setiap negeri, jadi tentunya arasnya tinggi, jadi ia satu ujian yang bagus,” katanya.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 16 Januari, diikuti Bahrain (20 Januari) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik akan layak untuk pusingan 16 terbaik pada kejohanan di Doha, Qatar itu.

Ia penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This