Guru tertinggal kad ATM mohon bantuan kesan lelaki beli tambah nilai PUBG lebih RM400

Dari Penulis

TIDAK sampai satu jam kehilangan kad mesin teler automatik (ATM), seorang guru terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM435 apabila kad digunakan oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/3074

Mangsa Robiaton Adawiyah Abd Latif, 31, berkata, kejadian berlaku ketika beliau pergi ke mesin deposit tunai (CDM) di sebuah bank di Pavillion Bukit Jalil bagi memasukkan sejumlah wang pada pukul 6.30 petang, hari Isnin.

Katanya selepas selesai melakukan transaksi, dia terus mengambil resit dan kembali kereta.

“Silap saya apabila terlupa mengambil semula kad ATM yang dikeluarkan dari mesin bank,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Jelasnya, dia mula menyedari perkara tersebut pada pukul 7.40 malam apabila menerima notifikasi yang menyatakan terdapat transaksi pembelian berjaya dilakukan.

“Pada awalnya saya fikir notifikasi tersebut adalah notifikasi menandakan wang saya telah masuk ke dalam akaun bank.

“Kemudian notifikasi saya naik di telefon tanpa henti.

“Saya semak dan mendapati terdapat pembelian arak bernilai RM8.20 di sebuah kedai runcit dan tambah nilai PUBG Mobile bernilai RM426,” jelasnya.

Robiaton berkata, dia terus menghubungi bank untuk menyekat penggunaan kad tersebut dan membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.

“Kalau orang yang ambil kad saya dan membeli barang keperluan, saya faham jika dia dalam kesusahan.

“Tetapi, lelaki ini guna kad saya untuk membeli minuman keras dan tambah nilai permainan atas talian membuatkan saya kecewa,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah dekat Bukit Jalil berkata, dia melakukan inisiatif sendiri untuk mencari maklumat mengenai suspek dengan mengesan kamera litar tertutup di pusat beli-belah Pavillion dan kedai runcit.

“Menerusi rakaman CCTV di kedai runcit tempat membeli minuman keras, suspek memakai baju bercorak kotak, berpelitup muka dan bertopi,” ujarnya.

Kata Robiaton, orang ramai yang mengenali suspek boleh menyalurkan maklumat dengan menghubunginya atau tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This