Polis terima 13 laporan mengenai ‘Langkah Dubai’ hari ini – Allaudeen

Dari Penulis

POLIS Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan ‘Langkah Dubai’yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Bernama malam ini berkata kesemua laporan polis yang diterima itu akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman 

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali di media sosial sebagai Che’Gu Bard, Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Beliau berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Katanya, sehingga Selasa lalu, pihaknya menerima 43 laporan polis daripada wakil pelbagai parti politik berhubung gerakan Langkah Dubai, di seluruh negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This