Menteri Perpaduan kutuk dakwaan Tun M masyarakat India masih tidak setia

Dari Penulis

PEMIMPIN politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik perlu mengelakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sehingga menimbulkan kebencian.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

“Beliau sebagai seorang negarawan yang telah bersama-sama membina negara bangsa ini sepatutnya menjadi seorang ejen perpaduan negara dalam menyebarkan mesej-mesej kebersamaan.

“Saya amat kecewa dan mengutuk keras dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir,” katanya.

BERITA BERKAITAN Anwar kena buktikan dakwaan saya cuba merasuah Agong, kata Tun Mahathir

Sebuah portal hari ini melaporkan Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan itu menerusi sesi temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV.

Aaron berkata negara ini telah dibina atas dasar kebersamaan melalui kontrak sosial yang telah membawa kemerdekaan.

Katanya, dalam menyatupadukan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, etnik dan budaya, pemimpin terdahulu telah mendukung wadah integrasi nasional berbanding asimilasi.

“Kini sudah pun lebih 60 tahun merdeka, rakyat masih mengekalkan nilai perpaduan dalam kepelbagaian sebagai resam hidup,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua lapisan masyarakat agar mempelajari, memahami dan mengambil teladan daripada peristiwa sejarah yang dilalui Malaysia supaya perpaduan serta keharmonian antara kaum yang dikecapi ketika ini dapat terus dinikmati.

“Ingatlah, kepelbagaian itu adalah kelebihan dan kekuatan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This