PERMOHONAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi peguamnya supaya Netflix menghentikan tayangan dokumentari Man on the Run adalah berasas.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut menyifatkan dokumentari tersebut mengandungi banyak kesalahan fakta di samping bersifat prejudis dan fitnah.
Pada masa sama, kata beliau, ia juga tidak bersifat adil kepada Najib yang sedang menghadapi perbicaraan.
Malah, Mohd Puad juga memetik beberapa nama termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebagai ‘Man on the Run’ yang sebenarnya.
“Banyak fakta salah, prejudis, fitnah dan tidak adil terhadap Najib yang sedang dalam perbicaraan. Siapa sebenarnya Man on the Run?
“Tun Daim? Menantu Muhyiddin? Atau Tun M? Najib tidak pernah lari walaupun berhadapan dengan puluhan tuduhan. Dia tidak akan lari.
“Ada orang merasakan dirinya kebal. Tidak boleh didakwa. Sebab itu pihak berwajib tidak boleh bertolak ansur.
Baca artikel lain: Larang ‘Man on the Run’, Fahmi dan MCMC akan teliti permohonan Najib
“Siasat walaupun usia mereka lanjut. Kheu Sampan kawan Pol Pot (bekas Perdana Menteri Kemboja) didakwa pada umur 91 tahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Baru-baru ini, peguam Najib memohon supaya kerajaan mengarahkan perkhidmatan aplikasi penstriman itu supaya menurunkan serta melarang tayangan dokumentari yang mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tetuan Shafee & Co mendakwa dokumentari itu, yang ditulis serta diarahkan oleh Cassius Michael Kim, adalah subjudis dan memudaratkan pembelaan Najib dalam perbicaraan kes 1MDB yang masih berjalan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pula memaklumkan akan bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi meneliti permohonan Najib itu.
Beliau berkata pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa aspek perundangan sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

