KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberikan kemudahan pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid kepada pelajar serta tenaga pengajar beragama Hindu di seluruh Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) meliputi universiti awam, politeknik dan kolej komuniti sempena Deepavali.
KPT dalam kenyataan memaklumkan, melalui perbincangan bersama jabatan dan agensi berkaitan, kemudahan PdP akan berkuat kuasa dari 16 Oktober (Khamis) hingga 24 Oktober ini (Jumaat).
Namun, jelas KPT, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan program akademik masing-masing di institusi terlibat, agar tidak menjejaskan perjalanan aktiviti akademik secara keseluruhan.
“Langkah ini diambil bagi memberi ruang dan kemudahan kepada pelajar serta tenaga pengajar beragama Hindu untuk menyambut Deepavali bersama keluarga dalam suasana yang harmoni dan bermakna, selaras dengan semangat keterangkuman dan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia.
“KPT turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar, tenaga akademik, warga KPT serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu.
“Semoga perayaan ini membawa cahaya kegembiraan, kedamaian dan kesejahteraan kepada semua,” kata KPT.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

