SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu yang dipercayai orang tengah sindiket kartel kerja-kerja perolehan membabitkan sebuah kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek lelaki berusia di antara 28 hingga 47 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 6 petang tadi.
“Difahamkan, tangkapan ke atas ketiga-tiga individu tersebut dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 buah syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta.
Baca artikel lain: Pelantikan CEO KWSP baharu akan diputuskan segera – PM
“Pembayaran penuh telah dibuat walhal pembinaan masih belum siap dengan sempurna,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi pada Jumaat bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

