Abang Jo enggan komen spekulasi pelantikan Yang di-Pertua Negeri baharu, peletakan jawatan Wan Junaidi

Dari Penulis

PREMIER Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg enggan mengulas mengenai spekulasi pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baharu.

“Tak perlu saya komen kerana itu kuasa Yang di-Pertuan Agong,” itu reaksi Abang Johari ketika ditanya wartwan mengenai perkara tersebut.

Abang Johari enggan mengulas lanjut isu berkaitan, termasuk peletakan jawatan Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Speaker Dewan Negara, semalam.

Katanya, beliau tidak dapat mengulas isu pelantikan Yang di-Pertua Negeri secara terbuka kerana ia kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Jadi saya tidak komen lebih daripada itu kerana ia hak mutlak Yang di-Pertuan Agong,” katanya memetik laporan BH Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Eden Damai Wellness di Damai Lagoon Resort di Santubong, hari ini.

Ketika ditanya adakah Wan Junaidi benar-benar meletak jawatan kerana bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu turut berdiam diri selepas laporan mengenainya tular di media sosial semalam,

Abang Johari, turut enggan mengulas lanjut.

“Tanya dengan beliau. Minta maaflah, saya tidak dapat memberi komen lebih daripada itu,” katanya.

Semalam, portal The Malaysian Insight melaporkan Wan Junaidi, 78, meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Negara.

Peletakan jawatan itu dikatakan kerana bekas Ahli Parlimen Santubong dan Ahli Parlimen Batang Lupar itu sedang bersiap-sedia untuk menyandang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This